Kejadian tidak diduga ini dipercayai berlaku disebabkan pengambilan dadah jenis methamphetamine secara berlebihan sebelum mereka sesak nafas dan pengsan semasa menghadiri konsert Future Music Festival Asia yang julung kali diadakan di Malaysia
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, hari terakhir konsert itu dijadualkan berlangsung pada malam ini namun terpaksa dibatalkan. Ianya dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis.
Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.
Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.