Polis Geledah Rumah Juruterbang MH370 kapten Zaharie Ahmad Shah


Polis Geledah Rumah Juruterbang MH370

Pihak Polis terpaksa mula mengeledah rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lau, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah 
mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters.






Anggota polis tiba di rumah kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, petang ini, sejurus selepas tamat sidang akhbar perdana menteri.Penyiasat mengesahkan bahawa pesawat yang dikesan oleh radar tentera adalah pesawat MH370 selepas komunikasinya mungkin dimatikan sebelum sampai ke pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.



China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Penyiasat punca kehilangan MH370 ini percaya seseorang di atas kapal pesawat itu sengaja menutup sistem komunikasi dan pengesanannya lalu membawa pesawat itu berpatah balik dan terbang selama hampir tujuh jam selepas ia hilang dari radar kata perdana menteri hari ini.


Nota : Hampir 1minggu kehilangan pesawat ini baru kita tahu bahawa pesawat MH370 ini dirampas. Apa pun kita berdoa kepada Allah supaya mereka yang ada dalam pesawat tersebut dalam keadaan selamat lah hendaknya.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.