Model Lawa SERUPA Zombie SETELAH dibelasah


Ni lah akibat bercinta dengan lelaki panas baran kot. Mungkin dia dah sayang sangat dengan perempuan ini sampaikan teruk perempuan ni kena belasah akibat ingin memutuskan percintaa mereka yang sekian lama


Model Lawa Jadi Zombie Kena Belasah

Cinta telah membutakan mata seorang lelaki bernama Pavel Ushanov yang berumur 33 tahun, dan  juga seorang CEO sebuah syarikat komunikasi terkenal di Rusia,nama syarikat tersebut ialah Devino Telecom. 

Cinta membuat Pavel hilang kawalan dan melakukan kekerasan fizikal pada kekasihnya, seorang model cantik Alexandra Sereda. Mereka telah bercinta selama dua tahun, dan entah apa sebabnya Alexandra ingin mengakhiri hubungan asmara dengannya. Pekara tersebut mencetuskan kemarahan Pavel, di mana di suatu pagi ia datang ke pangsapuri Alexandra dengan sangat beremosi. Alexandra  merasa bimbang dan takut untuk membukakan pintu.

Namun kerana tak ingin kekasihnya membuat kekecohan dan mengganggu jirannya, ia pun membuka pintu apartmennya. Apa yang dilakukan Pavel ini tak di sangka-sangka. Ia memukul kekasihnya, Alexandra Sereda dengan membabi buta selama 10 minit. Ia memukul dan menendang tanpa rasa kasihan dan menyebabkan model berusia 27 tahun ini mengalami luka yang cukup parah di wajahnya.

Alexandra berteriak dan menunjukkan ketakutan, "hentikan! Kau boleh membunuhku!," Katanya mengimbas kembali. Namun jawapan Pavel tak disangkanya, "bagus, itulah yang kuinginkan!" sambil terus memukul kekasihnya.

Nasib menyebelahinya, Alexandra sempat melarikan diri dan sempat ambil telefon bimbitnya . Dia menelefon polis untuk meminta pertolongan. Tidak lama kemudian anggota polis datang, bersama dengan pasukan perubatan dan menyelamatkan model cantik tersebut tetapi malang nya muka nya teruk lebam-lebam di pukul.
Dan Pavel telah melarikan diri dan menjadi buruan polis ketika ini. Meninggalkan kekasih cantiknya dengan luka-luka parah di wajah, yang membuatnya kelihatan seperti zombie.Apapun wanita tersebut bersyukur kerana dia masih hidup.

Nota : Admin nasihatkan korang kalau nak bercinta itu tengok lah pasangan dulu ye. Pilih yang sesuai buat diri korang jangan ingat kacak atau cantik luaran tetapi dalaman teruk. Huhu. Apa komen ?
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.