1. Layanan Dingin – Dia enggan atau lambat membalas SMS dan panggilan anda atas alasan ‘sibuk’.
2. Pemarah/Mencari Salah – Kesalahan kecil diperbesar-besarkan sehingga
berlaku konflik dan kemudian menggelak perbualan terus meninggalkan anda
keseorangan tertanya-tanya.
3. Alasan Tidak Logik – Dia enggan meluangkan masa dengan anda dan
sanggup keluar bersendirian atau bersama teman-temannya ke tempat lain
tanpa anda.
4. Berahsia – Tidak seperti dulu, kini dia gemar berbuat sibuk, diamkan diri, dan termenung.
5. Panggilan Misteri – Kerap dengan urusan kerja – overtime, outstation,
kecemasan dan menemani boss katanya. Perbualan telefon dengan si
pemanggil dibuat tidak ketika anda disisi, berbisik dan singkat
jawapannya.
6. Penampilan Berubah – Lain tingkah-lakunya, semakin bergaya, wangi,
rapi, sering keluar malam dan rambut/misai kemas dijaga selalu.
7. Masaalah Duit – Tidak mempunyai bajet yang cukup untuk anda berdua
atau keluarga (bagi yang berkahwin), minyak kereta sering habis dipakai,
pelbagai alamat email, sering memadam caller ID, hutang kredit kad di
luar pengetahuan anda, dan bil/resit misteri restoran atau hotel
terjumpa.
8. Kemesraan Hilang – Dia tidak lagi berminat untuk duduk
bercerita/mendengar isu remeh, tiada kata- kata manis, gurauan dan tidak
bermanja seperti dahulu.
9.Teman-Teman Lari – Kawan baiknya menghindari anda seperti lari dari
disoal siasat dan rasa bersalah terhadap anda bila bertembung.
10. Naluri – Tiba- tiba anda mengesyaki sesuatu yang tidak kena tetapi
tiada bukti atau petanda sahih. Perhubungan anda berdua semakin lama
semakin rengang.