BUDAK 2 TAHUN MAUT SETELAH DIHEMPAP RAK TELEVISYEN

BUDAK 2 TAHUN MAUT SETELAH DIHEMPAP RAK TELEVISYEN

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


SEREMBAN: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun 8 bulan maut akibat dihempap televisyen dan rak televisyen di ruang tamu rumahnya di Taman Gadong Jaya.

Ibu bapa mangsa bergegas membawa mangsa, E Soloman Aaron yang cedera di kepala dikejarkan ke Klinik 1 Malaysia bagi mendapatkan rawatan awal.

Setelah diperiksa oleh kakitangan perubatan yang bertugas serta diberikan bantuan oksigen, mangsa terus dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut.

Malangnya, mangsa gagal diselamatkan kerana  kecederaan yang dialaminya parah dan mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 5.45 petang.

Ketika kejadian berlaku, si ibu berada di dapur untuk membuat susu anak bongsu. Namun dikejutkan dengan bising dari ruang tamu rumah. Si ibu bergegas ke ruang tamu untuk memeriksa apa yang terjadi terkejut mendapati rak televisyen menghempap anaknya. - My Media Hub (kredit Harian Metro)

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.