ARAU: Niat seorang lelaki yang berusia 40 tahun menjadikan seorang gadis berusia 16 tahun sebagai adik angkat bertukar menjadi kes #rogol dalam kejadian pada Isnin lalu.
Sebelum itu, mangsa melarikan diri dari rumahnya dan memilih untuk tinggal bersama lelaki terbabit yang menyebabkan dirinya #dirogol kira-kira jam 9 malam di rumah Kampung Kebun.
Mangsa tinggal bersama lelaki berkenaan semenjak dua yang lalu dan sudah tidak bersekolah.
Mangsa mendakwa, dia telah dipaksa untuk melakukan hubungan #seks dengan lelaki itu tetapi ditolak. Namun lelaki itu terus memaksa suspek sebelum #dirogol beberapa kali.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Arau sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk pemeriksaan.
Pihak polis berjaya menahan lelaki berkenaan untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana #merogol - myMetro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags