Bila Fouziah Gous Beriya ‘promote’ pinggan tahan lasak, sekali buat demo terus berkecai LIVE TV

Yakinnya kamu...hebatnya kamu...opps! 😂 member kat belakang lagi tak boleh blah 🤣
Beriya Fouziah Gous ‘promote’ pinggan tahan lasak, sekali buat demo terus berkecai

Sekarang dengan hanya menonton TV pun kita dapat membeli dengan membuka siaran seperti GO Shop, dimana setiap produk itu akan ditunjukkan cara penggunaan supaya pelanggan dapat melihat tahap kualitinya.

Tapi lain pula jadinya apabila salah satu demo produk yang dilakukan oleh pelakon Fouziah Ghous di dalam rancangan GO Shop, nampak telah mengundang tawa ramai kerana demo tersebut tidak menjadi.

Rakaman demo tidak menjadi itu kini sudah mula tular di Twitter menerusi perkongsian oleh seorang pengguna dengan nama akaun Mighty Coco, memaparkan pelakon tersebut sedang menunjukkan demo.

Demo tak menjadi pulak! Pinggan pecah

Dalam mempromosikan pinggan tersebut, Fouziah selaku jurucakap mengatakan bahawa pinggan itu tidak mudah pecah walaupun telah jatuh beberapa kali.

Untuk membuktikan ketahanan produk tersebut, Fouziah telah menjatuhkan pinggan tersebut ke lantai untuk menunjukkan bahawa ia tidak akan pecah, tetapi sebaliknya pinggan itu berkecai sejurus dilepaskan.

Tenang jer dia cover balik…













Tambah melucukan, dilihat pelakon tersebut dengan tenang meminta maaf dengan wajah sedikit panik dan mengatakan bahawa pinggan itu pecah mungkin kerana sudah dijatuhkan beberapa kali.
“Saya rasa yang ini dah dicampak banyak kali, saya minta maaf…”










Dia punya pecah tu berkecai habis…

Tweet tersebut kini sudah mencecah 18.3 ribu retweet, mengundang pelbagai reaksi ramai, malah ada juga yang mempersoalkan kualiti produk yang dijual di Go Shop.


Go Shop ni scam ke?



Pandai dia cover balik…



Yakinnya kamu, hebatnya kamu…



Member dekat belakang dah cuak…



Sumber : Mighty Coco


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.