Putri Mardiana sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada Ejump


Putri Mardiana bersedia bergelar isteri kepada Ejump

Aktres yang ditangkap khalwat bersama kekasihnya baru-baru ini, Putri Mardiana berkata, dia dan kekasihnya Sharizam Abdullah atau Ejump akan berkahwin pada tahun hadapan.




"Saya lihat dia satu-satunya lelaki yang bersungguh-sungguh menerima saya dan anak-anak. Malah keyakinannya ingin menjadikan saya isteri membuatkan saya lebih bersedia menerimanya," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Putri lagi, dia dan kekasihnya kini sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan mereka.

"Perkara ini tidak menjejaskan apa-apa. Kedua-dua keluarga sudah maklum yang kami akan berkahwin. Bukan kerana ditangkap khalwat memandangkan perancangan sudah pun dibuat."

Pada masa sama, pelakon filem "Laga" ini turut berkata dia tidak berdendam dengan pihak yang didakwa menganiayanya.

Dipetik dari Mynewshub, menerusi rancangan hiburan "Melodi" pada hujung minggu lalu, wanita yang merupakan isteri kepada Ejump mendakwa suaminya itu sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan beberapa wanita lain sebelum bersama Putri.

Selain itu, wanita itu turut menyangkal dakwaan Putri kononnya dia sudah sah bercerai dengan Ejump kerana suaminya sehingga kini masih belum menceraikannya.

Sementara itu, wanita itu dengan nada sinis memohon agar Putri menasihatkan kekasihnya itu supaya menceraikannya jika mahu terus bersama dengan kekasihnya itu.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.