Ketahui Antara Selebriti Malaysia dengan 1 juta pengikut di Instagram


Selebriti Malaysia dengan 1 juta pengikut di Instagram

Sosial media merupakan medium penting untuk selebriti terutamanya untuk berkongsi aktiviti harian mereka bersama para peminat.

Instagram kini menjadi viral bagi pengguna sosial media dimana ianya lebih mudah dengan perkongsian gambar.

Jika kita lihat ramai selebriti lebih suka menggunakan Instagram kerana ianya lebih mudah dengan mengambil gambar dan meletakkan kapsyen yang sesuai.

Ayuh kita lihat siapakah gerangan selebriti Malaysia yang mempunyai 1 juta lebih pengikut di Instagram!

Nora Danish (1.4 juta)

Pelakon cantik ini sering menjadi perhatian media mahupun para peminatnya. Figura ini menjadikan Instagram medium untuknya berkongsi aktiviti hariannya sebagai ibu tunggal, pelakon dan kekasih kepada Nedim Nazri. Walaupun pernah dihentam mengenai gambar yang dimuat turun olehnya, dia tidak cepat melatah kerana baginya itu merupakan hak peribadinya.

Nora Danish merupakan selebriti pertama di Malaysia yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram. Sehingga hari ini, seramai 1.4 juta pengikut yang dicatatkan yang mengikut akaun Instagramnya dan sebanyak 8,563 gambar yang dimuat naik olehnya.

Zizan Razak (1.1 juta)

Pelakon, pengacara, penyanyi dan pelawak Zizan Razak mengikuti jejak langkah Nora Danish sebagai selebriti yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram. Siapa yang tidak mengenali Zizan Razak yang semakin mendapat tempat di kaca televisyen mahupun di layar perak. Pelawak serba boleh kelahiran Terengganu ini menggunakan Instagram sebagai medium untuknya berkongsi aktivit hariannya di lokasi pengambaran mahupun dipentas pengacaraan.

Sehingga hari ini, seramai 1.1 juta pengikutnya di Instagram dan sebanyak 1,141 gambar yang dimuat naik.

Emma Maembong (1.1 juta)

Emma Maembong turut mengikut jejak langkah kekasihnya Zizan Razak. Aktres jelita ini masih mempunyai peminatnya tersendiri walaupun sudah mempunyai buah hati. Aktres yang berpewatakan lemah-lembut ini sering memuat naik gambarnya bersama keluarga,teman-teman dan juga mempromisikan jenama tudungnya di Instagram.

Pastinya ramai wanita-wanita yang akan menjadi pengikut setianya di instagram untuk mengetahu gaya hijab terbaru daripadanya kerana semenjak Emma berhijab, pengikutnya di Instagram semakin bertambah.

Sehingga kini Emma sudah mempunyai 1.1 juta pengikut dan sebanyak 1,074 gambar yang dimuat naik.

Datuk Siti Nurhaliza (1 juta)

Penyanyi tersohor negara ini juga mempunyai sejuta pengikut di Instagram. Bukan sesuatu yang mengejutkan jika Datuk Siti mempunyai pengikut yang ramai. Wajahnya yang comel sejak dari mula menceburkan diri dalam industri muzik tanah air dan berbakat besar membuatkan ramai yang mengagumi anak jati kelahiran Pahang ini.

Datuk Siti menggunakan Instagram sebagai medium untuknya berkongsi mengenai kisah hidupnya sebagai isteri kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa, penyanyi dan sebagai usahawan produknya sendiri SimplySiti.

Sehingga hari ini, Datuk Siti mempunyai sejuta pengikut dan sebanyak 3,167 gambar yang telah dimuat naik.

Lisa Surihani (1juta)

Aktres jelita ini sentiasa mendapat perhatian di sosial media walaupun sudah berumah tangga. Manakan tidak, di Twitter sahaja pengikutnya sudah mencecah seramai 2.41 juta.

Isteri kepada Yusri KRU ini juga pernah beberapa kali membuat akaun Instagram yang baru kerana ada yang cuba untuk menyamar sebagai dirinya.

Aktres jelita ini tidak kekok untuk berkongsi videonya bersama peminat di laman Instagram. Karakter semula jadinya sering mendapat tempat di hati peminat untuk sentiasa mengikuti perkembangannya. Lisa juga sering memuat naik gambarnya bersama suami dan kanak-kanak kerana dia sangat sukakan kanak-kanak.

Sehingga kini, Lisa sudah mempunyai sejuta pengikut dan sebanyak 3,516 gambar yang telah dimuat naik olehnya.

Scha Alyahya (1juta)

Lebih dikenali menerusi watak Dania dalam drama bersiri "Awan Dania", Scha Alyahya turut mempunyai sejuta pengikut di Instagram. Isteri kepada pengacara terkenal Awal Ashaari ini sering menjadi ikutan dari segi fesyen dan trend terkini.

Ibu kepada Lara Alana ini meraih pengikut yang banyak selepas dia sering memuat naik gambar anak perempuannya di laman Instagram. Jangan terkejut, semasa kelahiran anaknya itu, ramai peminat-peminatnya menantikan gambar wajah anaknya untuk dimuat naik.

Sehingga hari ini, Scha sudah mempunyai sejuta pengikut dan sebanyak 2,221 gambar yang dimuat naik olehnya.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.