Juliana Evans letak syarat enggan buat babak bogel & intim


Juliana Evans enggan buat babak bogel & intim

Aktres jelita Juliana Evans telah meletakan syarat kepada syarikat pengurusan artis Boby Ball yang menguruskan kerjaya seninya di Los Angeles iaitu dia tidak akan berbogel, bercium dan melakukan sebarang babak intim dalam sebarang tawaran kepadanya.




"Syarat saya kepada agensi di sana ialah tidak akan berbogel, bercium dan melakukan sebarang adegan intim dalam mana-mana tawaran kerja. Alhamdulillah mereka boleh menerima syarat saya dengan baik dan memahami prinsip saya.

"Sebagai orang Melayu dan Islam saya tahu batas-batas yang harus saya jaga. Jika syarat itu akan mengurangkan tawaran kerja, saya redha, apa yang penting saya berusaha untuk mencari peluang kerja terlebih dahulu," katanya kepada Kosmo!

Menurut Juliana atau lebih mesra dengan panggilan Jue berkata, dia yang kembali ke Los Angeles kerana mahu menimba ilmu selain mencabar dirinya sendiri.

"Saya sudah tandatangani kontrak dengan agensi di sana, mahu tidak mahu saya harus kembali ke Los Angeles. Kedua, saya mahu mencabar diri. Saya sedar persaingannya cukup sengit tetapi saya mahu lihat sejauh mana diri saya boleh pergi ke Hollywood dengan bakat yang saya ada.

"Bukan mahu popular atau menjadi artis gred A di Hollywood kerana sedar perkara itu memakan masa yang lama untuk diperolehi, tetapi sekurang-kurangnya saya sudah berusaha untuk mencapai impian saya sebagai anak seni.

"Berjaya atau tidak, pengalaman itu akan saya gunakan pada masa hadapan bukan sahaja untuk diri saya tetapi dikongsi bersama penggiat seni tempatan."


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.