Bila Syahrini dikecam gara-gara gambarnya disembah pekerja


Syahrini dikecam gara-gara gambarnya disembah pekerja

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Syahrini telah dikritik dan dikecam hebat selepas memuat naik gambar di laman Instagram miliknya yang menunjukkan lima orang pekerja Princess Syahrini Entertainment Indonesia melutut sambil menyembahnya sebagai tanda hormat.

Memetik pelbagai laporan tempatan, susulan tindakannya yang dianggap keterlaluan dan salah disisi agama Islam, dia dikecam hebat dan ada juga yang menuduh Syahrini cuba mencari publisiti murahan.

Namun, Syahrini dalam kenyataannya berkata, gambar yang dimuat naik dengan kapsyen "Just For Fun" itu adalah gurauan semata-mata dan tidak ada niat untuk menimbulkan kontroversi murahan.

"Saya seorang Muslim, dan sebagai salah seorang yang beragama Islam hanya Allah SWT yang harus disembah. Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Tidak mungkin saya mahu mereka menyembah saya.

Gambar ini mendapat kritikan hebat walaupun Syahrini
menegaskan ia adalah sekadar suka-suka sahaja.

"Itu sekadar gurauan dan tidak bermaksud mahu menimbulkan kontroversi murahan. Sudah tertulis ianya 'Just For Fun'," katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Kau Yang Memilih Aku" ini masih mengekalkan gelaran Penyanyi Paling Popular selama lima tahun berturut-turut di Anugerah SCTV 2014 yang berlangsung pada minggu lalu.

Syahrini juga sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan di Malaysia dua tahun lalu, namun hubungan tersebut putus di tengah jalan akibat tiada persefahaman.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.