Bila Remaja yang dihukum mati didapati tak bersalah


Remaja yang dihukum mati didapati tak bersalah

Seorang remaja Cina yang dihukum mati selepas didapati bersalah atas suatu pembunuhan dan rogol 18 tahun lalu, diisytiharkan tidak bersalah oleh mahkamah hari ini, lapor AFP.


Remaja itu, bernama Hugjiltu dan juga dikenali sebagai Qoysiletu, didapati bersalah dan dihukum mati di Inner Mongolia pada tahun 1996.



Namun keraguan wujud dalam keputusan itu apabila seorang lagi lelaki mengaku atas jenayah itu pada tahun 2005.



“Mahkamah Mongolia mendapati keputusan asal Hugjiltu bersalah … tidak konsisten dengan fakta-fakta dan tidak terdapat bukti yang mencukupi,” menurut kenyataan mahkamah Hohhot.


“Hugjiltu didapati tidak bersalah.”

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.