Terpedaya! 'Tak #B0gel Maka Tak Cinta'


'Tak #B0gel Maka Tak Cinta'

'Tak #b0gel maka tak cinta.' Itulah kata-kata perangkap yang akhirnya memakan diri seorang lelaki selepas menjadi mangsa ugutan seorang wanita yang telah merakam gambar #b0gelnya.

Mangsa, John Tan, 30, mengenali wnaita itu menerusi laman sosial Facebook. Oleh kerana gatal nak berkenalan, mangsa mengajak wanita berkenaan membuat panggilan video menggunakan laman Skype.

Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya, wanita yang menggunakan nama Sabrina Leung itu mengugut John yang dia akan memuat naik video #b0gelnya ke laman sosial untuk tontonan umum sekiranya gagal membayar wang sebanyak RM10,000.

John pada mulanya tidak endah dengan ugutan itu. Namun, dia terkejut apabila mendapati video #b0gelnya itu telah dimuat naik ke laman YouTube.

John mengaku dia terpedaya disebabkan riak wajah wanita itu yang cantik selain mempunyai tubuh badan menarik. - (sumber asal Harian Metro)

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.