SEKITAR LAWATAN DAVID BECKHAM DI MALAYSIA

David Beckham ketika berada di Palivion Kuala Lumpur
DAVID BECKHAM TIBA DI MALAYSIA - Lagenda Bola Sepak Dunia, David Beckham tiba di Malaysia.

Lagenda bola sepak dunia, David Beckham tiba di Malaysia siang tadi. Kelihatan kelibatnya berjaya dirakam ketika berada di pusat beli belah terkemuka, Palivion di Kuala Lumpur hari ini.

David Beckham dilaporkan sedang menghadiri jemputan pelancaran Haig Club Whisky di sebuah gedung jam tangan mewah berjenama Breitling.









Majlis Pelancaran itu, ditemani oleh Dato' Jimmy Choo yang merupakan pereka kasut terkenal dunia kelahiran Malaysia.



Kedatangan David Beckham di Malaysia sudah diagak berikutan sebuah filem pendek yang dimuat naik di Youtube bersama Dato' Jimmy Choo ketika mempromasikan satu jenama wiski, Haig Club Whisky.

Kemunculannya di pusat beli belah Pavilion di Kuala Lumpur menimbulkan perasaan gembira dan teruja buat peminat dan pengunjung di sana.

Beckham kini menjadi ahli perniagaan dan model jenama terkemuka serta barangan mewah selepas persaraannya dalam kancah bola sepak bersama PSG pada tahun 2013.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.