Sedih! Mayat Ahmad Rafikin Ditemui Dalam Keadaan Duduk Dicelah Batu

#15 Gambar : Objek Berupa Tangan di Celah Batu - Al FATIHAH

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Pelajar tingkatan empat, Ahmad Rafikin Azman, 16, yang dilaporkan hilang selepas menyertai kejohanan maraton Terengganu International Gajah Terom Challenge pada sabtu yang lalu ditemui mati di celah batu besar di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu pada jam 3.30 petang semalam.

Mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas tiga hari operasi dijalankan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, mangsa ditemui tersepit di celah batu di dalam sungai kira-kira 2.4 kilometer dari trek kejohanan maraton.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayatnya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Individu pertama yang menemui mayat mangsa, Mohd Johari berkata, dia dan sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi pada hari keempat itu pada jam 10.30 pagi. Nalurinya kuat mengatakan mangsa berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.

"Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ. Ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu," katanya.

Berdasarkan laporan, mangsa dilaporkan telah meninggal 48 jam yang lalu. - My Media Hub









HULU TERENGGANU – “Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin ALLAH SWT,  saya terlihat satu objek di celah batu dan rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Mohd Johari Abu Bakar.

Mohd Johari yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman, 16, kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Menurut Johari, beliau bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari ke-4 itu kira-kira jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.

“Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu,” katanya kepada Sinar Harian.

















Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.