Malang tak berbau! Ibu Mati Ditembak Anak Berumur 3 Tahun


Ibu Mati Ditembak Anak Berumur 3 Tahun

OKLAHOMA: Malang tidak berbau itulah perumpamaan yang boleh diberikan tentang kejadian ini dimana seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah tertembak ibunya yang sedang menukar lampin kanak-kanak tersebut.

Mangsa,  Christa Engles, 26, yang sedang asyik menukar lampin anaknya itu tidak sedar anaknya telah terjumpa dan mengambil pistol dibawah kerusi tepi tempat kanak-kanak itu dibaringkan lalu menekan picu pistu ke arahnya.

Christa yang terkan tembakan di kepala itu telah tersungkur dan meninggal dunia sejam kemudian tanpa bantuan kerana tiada siapapun di rumah kerana suami dan ibunya berada di luar ketika kejadian.


Menurut jurucakappihak polis, terdapat beberapa pucuk pistol lain di rumah itu tetapi nasib tidak menyebelahi mangsa kerana anaknya menemui pistol yan gberisi peluru.

“Kanak-kanak itu telah disoal oleh polis dan dia berulang kali memberitahu `ibu kena tembak’,’’

Dalam kejadian itu, suami mangsa Brian Engles yang berada diluar daerah kerana kerja hanya mengetahui tentang isterinya itu telah meninggal di hospital.

“Saya kehilangan isteri dalam satu kemalangan semalam. Jangan lupa untuk memberitahu orang yang anda sayang bahawa anda menyayangi mereka. Anda tidak akan tahu bila kata-kata `saya sayang awak’ adalah yang terakhir untuk mereka,’’ luahan brian dalam Facebook miliknya.- Siakapkeli.com.my

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.