Kejutan Kekasih Michael Phelps dilahirkan sebagai lelaki


Kekasih Michael Phelps dilahirkan sebagai lelaki

Teman wanita kepada pemenang Olimpik dan perenang Michael Phelps telah membuat kejutan apabila dia mendedahkan bahawa dia dilahirkan sebagai seorang lelaki.


Memetik laporan Daily Mail, Taylor Lianne Chandler dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya berkata, dia telah dinamakan sebagai David Roy Fitch ketika dilahirkan dan merupakan interseks yang bermakna dia mempunyai kemaaluan lelaki, tetapi tanpa tesstikel dan juga uterus, tanpa ovari.

Disebabkan itu, dia telah mendapatkan rawatan untuk menghalang testeron ketika remaja dan menukarkan namanya, kemudian ketika berusia sekitar 20-an, Chandler telah melakukan pembedahan untuk membuang kemmaluan lelakinya.

"Saya tidak pernah menjadi lelaki, mahu pun hidup sebagai seorang lelaki. Tiada siapa yang boleh mengatakan mereka tahu saya adalah lelaki atau tampil dengan foto saya," ujarnya.

Taylor Lianne Chandler menjangkakan Michael Phelps mungkin akan meninggalkannya selepas dia mendedahkan perkara sebenar tentang kisah silamnya.
Chandler, 41, turut berkongsi awal perkenalannya dengan Phelps dan mendakwa mereka berdua serasi selepas berkenalan menerusi aplikasi Tinder.

"Menghabiskan masa bersamanya adalah seperti bercinta ketika zaman remaja. Saya tidak pernah rasa selesa dan diterima seperti saya bersamanya," tambahnya lagi.

Bagaimanapun wanita berkenaan turut merasakan perenang berusia 29 tahun itu mungkin akan meninggalkannya selepas dia mendedahkan perkara sebenar.

"Saya mungkin akan kehilangannya kerana dia adalah satu 'jenama' dimana kumpulannya cuba lindungi, lebih-lebih lagi selepas dia dimasukkan ke pusat pemulihan. Saya sedar hubungan kami mungkin bukan satu perkara yang baik," katanya.

Phelps telah dimasukkan ke pusat pemulihan beberapa hari selepas dia ditahan kerana memandu di bawah pengaruh bahan terlarang pada 30 September lalu di Baltimore, Maryland.

Perenang Olimpik dengan 22 pingat ini kini telah digantung selama enam bulan daripada berenang selepas ditahan pihak berkuasa.


[Sumber Foto: Mirror]

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.