David Beckham & Anak Trauma Selepas Kemalangan Jiwa


David Beckham & Anak Trauma Selepas Kemalangan Jiwa

Walaupun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun figura terkenal sukan bola sepak, David Beckham dan anak sulungnya, Brooklyn diceritakan mengalami trauma selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Menurut laporan berita luar negara, The Telegraph, Beckham yang datang mengambil anaknya di padang latihan Arsenal di Hertfordshire dengan menaiki Audi RS6, terlibat kemalangan dengan sebuah kereta lain.
article-2593425-1CB8A63200000578-109_634x801
Satu sumber berkata, “Mereka menggigil. Ia merupakan satu kejutan namun semua mangsa selamat. Nasib menyebelahi mereka kerana beg udara berfungsi.”
Brooklyn, 15, bermain untuk pasukan Arsenal bawah 16 tahun, baru sahaja tamat perlawanan menentang pasukan Brighton. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.