Bila Erin Malek minta isu foto di kelab malam tidak diperbesar


Erin Malek minta isu foto di kelab malam tidak diperbesarkan

Aktres jelita Erin Malek meminta agar orang ramai supaya tidak lagi memperbesar-besarkan isu fotonya di sebuah kelab malam yang tersebar beberapa hari sebelum perkahwinannya kerana foto tersebut sudah lama dan tidak perlu untuk diungkit semula.

"Benda itu sudah berlalu dan saya tidak mahu komen panjang. Yang penting, suami, keluarga mertua termasuklah keluarga saya sendiri tahu mengenai perkara tersebut," katanya kepada mStar.

Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek berharap selepas memberi kenyataannya ini, dia berharap isu tersebut akan selesai.

Dalam pada itu, aktres berusia 20 tahun itu yang baru sahaja pulang dari berbulan madu di Amerika Syarikat akan ke Singapura hari ini (Khamis) bagi mempromosikan filem terbaru lakonannya "Misi Tawan Baby" yang akan ditayangkan di Malaysia bermula 13 November ini.

Erin dan Farriz Fauzy telah sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.