Antara Luahan Hati Kecewa Awal Ashaari Setelah Menjadi Pilihan Kedua Stesen TV


Luahan Hati Kecewa Awal Ashaari Selalu Menjadi Pilihan Kedua Stesen TV

Lapor mStar Online, Awal Ashaari meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap stesen televisyen di negara ini lebih gemar memilih pelawak sebagai pengacara sehingga menyebabkan individu sepertinya menjadi pilihan kedua.

Awal, 33, berkata, stesen televisyen sepatutnya faham peranan pelawak dan pengacara serius sepertinya sebelum menawarkan peluang mengendalikan sesebuah program.

"Pihak stesen televisyen sepatutnya bersikap adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.

"Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih mereka di kalangan pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.

"Perkara ini pernah terjadi kepada saya apabila saya ditawarkan mengacara sesebuah program apabila pelawak yang dipilih buat hal,” ujarnya

Menurut Awal lagi, tindakan stesen televisyen ini bakal membunuh industri pengacaraan khususnya pengacara-pengacara serius yang mencari 'sesuap nasi' dalam bidang penyiaran. Awal turut mengakui bahawa skop kerjanya semakin mengecil kerana terpaksa bersaing dengan para pelawak yang diangkat sebagai pengacara.

"Kalau semua pelawak menjadi pengacara semua program, ia boleh membunuh industri pengacaraan kepada pengacara acara serius seperti saya ini.

"Selain itu, program-program terbitan televisyen juga banyak menjurus kepada program komedi berbanding ilmiah.

"Pelawak biasanya akan bagi pakej termasuk melakukan lawak sejam jika mengambil mereka untuk mengendalikan sesebuah majlis. Ada penganjur yang bertanya saya, sama ada boleh buat lawak sejam atau tidak?

"Itu membuatkan golongan itu sering menjadi pilihan utama sebagai pengacara majlis," keluhnya. 

Laporan asal di mStar Online.

Nota Kaki: Dah tak ada job offer, terus selar pelawak yang diangkat sebagai pengacara? Entah apa-apa artis macam ni. Senduuu...

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.