VIRUS hasil gabungan Zizan dan Jambu dalam saingan MLM 2014

Zizan bergabung dengan Jambu sertai MLM 2014

Pelawak dan pengacara popular Zizan Razak bakal bergabung dengan pelawak kumpulan Jambu bagi menubuhkan kumpulan baru Virus untuk menyertai rancangan terbaru "Maharaja Lawak Mega 2014" (MLM) akan datang.

Zizan bagaimanapun telah meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju menyertai kumpulan tersebut.

"Syarat-syarat yang diletakkan Zizan adalah nama kumpulan baru mestilah dilihat komersial selain saling bekerjasama dalam menyumbang idea dan membuat sususan strategi.

"Sudah lama saya dan Yus merancang untuk mengambil Zizan menyertai kami. Lagipun dia sudah lama tidak terlibat dengan MLM.

"Dua bulan juga nak menunggu jawapan Zizan dan dia telah menetapkan tiga syarat di mana kami rasa ia bukanlah satu masalah besar. Cuma apabila sudah bertiga persefahaman itu sangat penting," ujar Tauke yang dipetik dari mStar.

Pada masa sama, Tauke turut memberitahu bahawa menerusi kumpulan Virus, mereka akan memberikan persembahan yang berbeza ditambah dengan idea-idea yang lebih segar.

"Saya percaya ramai yang tidak yakin dengan gabungan Jambu dan Zizan. Tetapi sebenarnya keserasian kami sudah lama wujud.

"Dan saya mengakui mengambil Zizan juga kerana kami ingin menggabungkan peminat-peminat Zizan dengan peminat kami."

MLM akan mula bersiaran pada 14 November depan setiap Jumaat di Astro Warna dan Mustika HD.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.