Tindakan Nur Fazura bila FB digodam


FB Fazura digodam - Penggodam tersebut dilihat berkongsi cerita-cerita lucah yang boleh mencemarkan nama baik Fazura. -Foto Instagram

Kini giliran akaun Facebook milik pelakon jelita, Fazura pula digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perkara tersebut disahkan oleh beliau sendiri melalui laman instagramnya semalam.

“Tolong sedia maklum bahawa ‘fb page’ Fazura telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sebarang posting yang tidak berkenaan adalah bukan dari Fazura sendiri,” katanya.

Penggodam tersebut dilihat berkongsi cerita-cerita lucah yang boleh mencemarkan nama baik pelakon filem Pisau Cukur berkenaan.

Namun begitu, rata-rata peminatnya mengetahui bahawa ia bukanlah dimuat naik oleh beliau dan menyatakan sokongan mereka kepadanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.