Pendedahan! Adik Mohammad Sofwan Selamatkan Anjing Lemas? Ini Bukan di Malaysia!


Adik Mohammad Sofwan Selamatkan Anjing Lemas? Ini Bukan di Malaysia!

Gambar yang memaparkan seorang remaja lelaki yang dinamakan "Adik Mohammad Sofwan" menyelamatkan seekor anjing dari banjir menjadi viral di media sosial. Tetapi malangnya, adik Mohammad Sofwan ini hanyalah fantasi semata-mata.

Gambar ini sebenarnya berasal dari Filipina dan diambil pada tahun lepas lagi. Anda boleh melihat gambar ini di imgur, satu laman perkongsian gambar.

Dipercayai gambar tersebut telah dipotong kredit asal yang mana ia diambil oleh Reuters. Di sini kita boleh melihat gambar asal yang dipaparkan pada portal huffingtonpost.com.



Namun, gambar fantasi adik sofwan itu bukanlah berasal dari page tersebut, tapi sebenarnya telah tersebar dibeberapa blog dan kemudiannya mungkin diambil oleh admin page tersebut yang tidak sedar yang gambar ini diolah menjadi sesuatu yang palsu.

Bagaimanapun tidak tahulah dari mana boleh timbulnya nama itu mungkin betul nama budak tersebut kerana di Filipina juga terdapat ramai umat Islam namun tiada tanda-tanda itu adalah nama sebenar budak itu dari mana-mana sumber yang boleh dipercayai.
Hasil carian Google
Mengenai komen-komen dari pengguna pula memang ramai yang memuji dan berdoa kepada adik sofwan ni. Tetapi pujian dan doa tu hanya kepada seorang manusia yang tidak wujud. Orang yang mula-mula sebar berita ni patut malu dengan diri sendiri.

Diharap agar orang ramai, terutamanya penyebar-penyebar berita terlebih dahulu mengkaji kesahihan satu-satu perkara sebelum menghebahkan perkara tersebut. Jika perkara positif seperti ini mungkin tak apa kerana impaknya kecil sahaja. Tetapi jika perkara yang boleh menyumbangkan reaksi negatif, dikhuatiri fitnah pula yang timbul.

Jika ada pihak yang tidak suka dengan cerita sebenar mengenai gambar ini, kami nasihatkan "Wake up from ur fantasy" - SiakapKeli.com

#kajisebelumsebar #malaysiamustknowthetruth #hentisebarberitapalsu #wakeupcall

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.