Pelawak Sharifah Sakinah akan bertunang malam ini

Sharifah Sakinah bertunang malam ini

Pelakon yang juga selebriti, Sharifah Sakinah akan melangsungkan pertunangan dengan Aliff Adha malam ini di kediaman keluarganya di Taman Melawati, di sini.

Mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan Mac tahun depan iaitu genap setahun usia percintaan mereka.

"Alhamdulillah persiapan majlis malam ini sudah sempurna. Saya harap semua akan berjalan lancar malam ini.

"Saya beruntung kerana keluarga dan kawan banyak membantu melunaskan persiapan termasuklah kawan baik saya Marsha.

"Malam ini juga pihak kami akan menyediakan gambar pertunangan untuk rakan media. Jadi kalau pihak mereka tak bawa jurukamera, ia takkan jadi masalah," katanya.

Sakinah menyifatkan bakal tunangnya, seorang juruterbang sebagai seorang yang selamba malah tidak pernah ambil tahu mengenai dunia hiburan tempatan.

7 Gambar Majlis Pra-Pertunangan Sharifah Sakinah Dan Aliff Adha





Pelakon gila-gila, Sharifah Sakinah bakal melangsungkan majlis pertunangannya dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Aliff Adha Jamil pagi ini.

Majlis pernikahan Sharifah Sakinah Dan Aliff Adha akan dilangsungkan pada 28 Mav 2015.

Apa pun, mari kita skodeng beberapa gambar majlis pra-pertunangan Sharifah Sakinah dan Aliff Adha yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan anda semua. Selamat berhujung minggu dan ong gedek gedek

KARIKATUR Sharifah Sakinah dan bakal tunangnya, Aliff Adha.








Sumber

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.