Lelaki Dikompaun RM500 Oleh MPPD Hanya Kerana Bagi Kucing Makan


Lelaki Dikompaun RM500 Oleh MPPD Hanya Kerana Bagi Kucing Makan

Gara-gara memberi kucing makan di sebuah premis di sebuah pusat membeli belah, seorang lelaki dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa tempatan atas sebab yang tidak munasabah.

Lelaki terbabit tidak menyangka, tindakan 'perikemanusiaan' nya itu akan mengundang kompaun berjumlah RM500 dari pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Dalam kejadian yang berlaku di Oceanic Mall, Port Dickson itu semalam, lelaki terbabit didakwa melakukan kesalahan di atas Undang-Undang yang berkaitan dengan undang-undang kecil pengendalian makanan MPPD 2010.

Kompaun tersebut dikeluarkan oleh Nurhidayah binti Mohamad dan disaksikan oleh Mohamad Hersyam. Lelaki itu diberi tempoh 7 hari untuk menjelaskan bayaran kompaun dari tarikh yang dikeluarkan.

Bagaimanapun, lelaki terbabit akan cuba membuat rayuan pada MPPD agar jumlah kompaun dapat dikurangkan.

Berikut luahan hati mangsa kompaun di bawah:

"Pasal bagi makan kucing dalam kedai, mendapat aku kompaun RM500. Takpe kucing, jangan risau. Makanan korang tak kena catu. Rezeki Allah yang bagi. Cuba esok pergi buat rayuan berapa dapat kurang. Mana tahu doa kalian semua dia (MPPD) boleh bagi free je."



Bagi kami, ini adalah satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dari pegawai MPPD. Berlambak lagi kesalahan orang diluar sana tetapi hanya kerana lelaki ini memberikan makanan kepada kucing, pihak MPPD terus mengenakan kompaun? Nyata MPPD tidak berhati perut. Sudah hilang agaknya sifat kemanusiaan dalam MPPD agaknya. - My Media Hub

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.