Hilang Akal! Hati Suami Mana Tak Remuk Bila Isteri Jalin Hubungan sulit Dengan Bos Sendiri Juga Seorang Wanita


Hati Suami Remuk, Isteri Jalin Hubungan sulit Dengan Bos Sendiri Juga Seorang Wanita

Sejak 2 tahun kebelakangan ini, isteri seorang lelaki telah menjalinkan hubungan sulit dengan bosnya, juga seorang wanita.

Ironinya, suami wanita itu Karim, 42, bekerja di pejabat yang sama yang terletak di Shah Alam kerana ingin memantau pergerakannya, lapor Metro Ahad. 

Karim berkata, dia masih berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan berusia 18 tahun yang dikurniakan dua orang anak berusia 14 dan 17. 

"Selain mendapatkan nasihat dari pakar-pakar agama, saya juga membawa isteri saya untuk sesi kaunseling dengan harapan perkahwinan kami akan kekal bahagua," katanya. 

"Saya akan terus berusaha untuk membawa dia ke jalan yang benar." 

Karim dan isterinya berusia 42 tahun itu mula bekerja di syarikat sama sejak lima tahun yang lalu. 

Bos perempuan mereka yang masih bujang, selalunya akan memanggil isteri Karim masuk ke pejabatnya untuk "perbincangan" yang berlangsung selama berjam-jam. 

"Pada mulanya, isteri saya mengadu keletihan kerana mesyuarat terlalu kerap tapi kemudiannya, dia menjadi semakin teruja. 

"Saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah saya membaca mesej yang tidak sesuai dari bos kepada isteri saya," getus Karim, yang kemudian bertanyakan hal itu kepada isterinya yang kemudian mengakui perihal cinta terlarang itu. - The Star

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.