Erin Malek kongsi dugaan sebelum bergelar isteri kepada Suaminya Farriz Fauzi


Erin Malek kongsi dugaan sebelum bergelar isteri

Pelakon muda Erin Malek berkata dia dan suaminya Farriz Fauzi telah diduga menjelang beberapa hari sebelum pernikahan mereka apabila ada pihak yang cuba memburukkan dirinya dan suami dengan mendakwa mereka berkelakuan tidak senonoh di tempat awan.

"Ketika kami sibuk menguruskan persiapan perkahwinan, ada pula isu timbul kononnya kami berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

"Entah mana timbulnya cerita itu saya pun tidak tahu tetapi saya anggap ia adalah dugaan pada saat akhir sebelum berkahwin. Mujurlah keluarga kami tidak melatah dan Alhamdulillah, kami tetap disatukan jua sebagai suami isteri," katanya kepada mStar.

Foto kredit: mStar
Erin yang sah bergelar isteri kepada Farriz telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan RM30,000 wang hantaran.

Dalam pada itu, Erin turut menyatakan bahawa dia dan suami akan berbulan madu di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 24 Oktober ini.

[Sumber foto: Budiey.com]

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.