Diana Rafar jelaskan rumah tangganya dengan suami Zamarul Hisham masih baik dan bahagia


Diana Rafar jelaskan rumah tangganya masih baik dan bahagia

Aktres jelita Diana Rafar menyangkal dakwaan kononnya rumah tangganya goyah dan menegaskan hubungannya dengan suami Zamarul Hisham masih baik dan bahagia.

"Saya masih seperti biasa, sibuk dengan rutin harian, menjaga anak, memask. Manakala Zamarul sibuk dengan penggambaran.

"Saya akui Zamarul memang sering sibuk dengan penggambaran dan menyebabkan kami jarang dapat ke majlis hiburan atau majlis lain bersama.

Sumber foto: sitifiza.wordpress.com 
"Lagipun kerja kami tidak sama, dia dengan jadualnya dan saya dengan jadual saya. Apa pun setakat ini saya masih lagi bahagia bersama," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Dalam pada itu, Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar, 32, turut memberitahu bahawa dia kini kembali aktif dalam dunia seni.

"Dunia seni sudah sebati dalam diri saya, apatah lagi sejak usia lima tahun saya sudah berkecimpung di dalam bidang ini.

"Alhamdulillah, tawaran lakonan masih lagi tidak putus walaupun sebelum ini banyak yang saya terpaksa tolak. Sekarang saya sedang mempertimbangkan tawaran lakonan yang datang.

"Selain itu, saya juga akan mengeluarkan mini album, "Nantikan Aku". Album tersebut didedikasikan khas buat Allahyarham Memen (Rezaimen Kefli, anak Linda Rafar)."

[Sumber foto: mStar.com.my]

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.