Anak Tiri Dato' Siti Nurhaliza Kini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios Records!

Anak Tiri Siti Kini CEO!

Tahniah diucapkan kepada Adib Khalid, anak Datuk Khalid, yang juga anak tiri kepada Dato' Siti Nurhaliza yang telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios/Tune Records berkuatkuasa 9 Oktober yang lalu. Sebelum ini jawatan tersebut disandang oleh Allahyarham Jeremy Ahmad Maikel. Berita gembira itu telah dikongsi oleh Adib di laman Instagramnya dengan kapsyen berbunyi,

“It is a great honor to announce my new post as the new CEO and Shareholder of Tune Studios/Tune Records with all of my followers. I would like to Thank everyone at Tune Group, especially to Dato Kamarudin Meranun and Tan Sri Tony Fernandes, for entrusting me with this task and welcoming me to the Tune Family. I am looking forward to giving all the fans in the region, the best in Music Entertainment! Visit our website at www.tunestudios.com #TuneStudios #TuneRecords #TuneGroup “


Tune Studios/Tune Records adalah salah sebuah studio rakaman terbesar di Malaysia yang menyediakan peralatan rakaman audio dan produksi dengan lebih 10 bilik studio. Selain dari itu ia juga menyediakan kelas pendidikan dan latihan muzik kepada penggiat seni tanah air.

Dalam perkembangan lain, umum mengetahui hubungan cinta antara Adib dan pelakon cantik Izara Aishah. Nampak gayanya, kegembiraan berganda buat Adib kerana mempunyai kekasih yang cantik dan juga jawatan baru yang telah disandangnya itu. Apa-apa pun, kita tunggu pula bila agak-agaknya mereka berdua naik pelamin.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.