Tahukah Anda! Bilangan bilionair di Malaysia bertambah - Wealth-X & UBS Billionaire Census 2014


Jet persendirian dan kereta mewah menjadi satu kemestian untuk golongan bilionair. - Gambah hiasan

Bilangan bilionair di Malaysia meningkat kepada 12 orang untuk tahun ini, berbanding 10 orang pada tahun sebelumnya, menurut kajian Wealth-X dan UBS Billionaire Census 2014 yang didedahkan hari ini.

Menurut kajian itu, nilai kekayaan terkumpul 12 bilionair tersebut ialah AS$38 bilion (RM121.6 bilion), naik daripada AS$37 bilion (RM118.4 bilion) berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, kedudukan Malaysia jatuh satu anak tangga ke tempat 35 daripada 40 negara utama yang dikaji. Negara jiran yang lain seperti Singapura memiliki 32 bilionair, Indonesia (19 orang), Thailand (17 orang) dan Filipina (13 orang). Namun, nilai kekayaan bilionair Malaysia lebih tinggi berbanding Filipina.

Mengikut kajian itu, bilionair ditafsirkan sebagai individu yang mempunyai aset kekayaan bermula serendah AS$1 bilion (RM3.2 bilion).

Sehingga tahun ini, terdapat seramai 2,325 bilionair di dunia dengan kekayaan terkumpul bernilai AS$7.3 trilion (RM23.36 trilion). Kajian itu dijalankan untuk tempoh Julai 2013 hingga Jun 2014.

Amerika Syarikat (AS) mempunyai bilionair teramai sebanyak 571 orang dengan kekayaan AS$2.26 trilion (RM7.23 trilion) diikuti China (190 orang), United Kingdom (130 orang), Jerman (123 orang) dan Rusia (114 orang).




Kajian itu turut menjangka bilangan bilionair di dunia akan mencecah 3,873 orang pada 2020.

Beberapa aktiviti sosial yang biasanya tersenarai di dalam kalendar bilionair ialah kejohanan tenis Grand Slam, pusingan Perlumbaan F1 di Monaco dan Singapura serta Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.