Penemuan 2 Ekor Tikus Gergasi Terbesar Dunia di Malaysia


Penemuan 2 Ekor Tikus Gergasi Terbesar Dunia di Malaysia

Netizen digemparkan dengan sekeping gambar yang viral di media sosial.

Gambar seorang lelaki yang memegang dua ekor tikus gergasi menjadi persoalan orang ramai, adakah gambar itu benar atau photoshop semata-mata?

Ini bukanlah satu penemuan yang pelik dan baru. Tikus sebesar ini pernah ditemui di negara-negara lain. Juga dikatakan, tikus gergasi ini tidak terkesan dengan segala racun tikus yang ada di pasaran. 

Gambar ini dipercayai berlaku di Malaysia berdasarkan latar belakangnya yang mempunyai ciri-ciri negara ini.

Jika dilihat pada gambar, kelibat tikus gergasi berkenaan agak sebati dengan gambar.

Cuma sedikit kekeliruan di bahagian tangan lelaki berkenaan yang dilihat agak mustahil posisi memegang dua ekor tikus gergasi berkenaan.

Bagaimanapun, tidak mustahil tikus sebesar ini wujud di persekitaran anda.


Di bandar-bandar besar, memang biasa kelibat haiwan perosak iaitu tikus dilihat berkeliaran mencari makanan di dalam longkang dan di kawasan-kawasan kotor.

Bagaimanapun, pernahkah anda melihat tikus gergasi yang saiznya seperti seekor kucing.


Gambar seekor tikus yang sebesar itu telah menyebabkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin terperanjat selepas melihat gambar itu di twitter @FriendsofBN1.




“Apakah? No way…,” kata Khairy merujuk kepada tweet yang memaparkan gambar itu.


Ia menunjukkan gambar seekor tikus yang telah mati dan dibawa oleh seorang lelaki yang memakai penutup mulut.


Hasil pemeriksaan lanjut, tiada maklumat berkaitan tikus spesis apa yang dibawa oleh lelaki itu dan di mana gambar itu dirakamkan.

Bagaimanapun, jika diperhatikan di bahagian latar belakang gambar itu kelihatan sebuah bas yang mirip sebuah bas di Malaysia. Nampaknya di negara kita sudah ada tikus yang membesar sehingga mencapai saiz sedemikian rupa.


Di laman sosial twitter, gambar itu kini viral.


Bagaimanapun, ada maklumat berkaitan spesis tikus yang bersaiz besar tetapi habitatnya bukan di bandar-bandar besar dan berbeza rupanya dengan tikus di dalam gambar berkenaan.

Agak-agaknya, kalau tikus begini ada di rumah anda, bagaimanalah agaknya?

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.