Pasangan selebriti terkenal Indonesia Marcell & Rima Melati Timang Anak Lelaki


Marcell & Rima Melati Timang Anak Lelaki

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti terkenal Indonesia, Marcell Siahaan dan isterinya, Rima Melati yang telah dikurniakan seorang anak lelaki pada 21 September lalu.

Menerusi foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Marcell menjelaskan Rima telah selamat bersalin secara pembedahan di Brawijaya Women and Children Hospital, Jakarta Selatan pada jam 9.13 pagi.

Pasangan ini telah menamakan anak mereka dengan nama Seth Ananda Siahaan.



Sebelum ini, Marcell telah mempunyai seorang anak bernama Keenan Avalokita Kirana, 10, hasil perkahwinannya dengan komposer Dewi 'Dee' Lestari.

Manakala, Rima yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga juga mempunyai seorang anak lelaki, Edga Ian Cook, 3.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.