Pasangan Aeril Zafrel & Wawa Zainal Didenda Kerana Nikah Tanpa Izin


Pasangan Aeril Zafrel & Wawa Zainal Didenda Kerana Nikah Tanpa Izin

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal masing-masing didenda RM1,000 dan RM800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Subang Bestari atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran dan bersubahat dalam pernikahan mereka itu di Taman Datuk Harun, dua tahun lalu.

Hakim Syarie Saharuddin Selamat membuat keputusan itu terhadap pasangan berkenaan selepas mereka mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan Aeril atau nama sebenarnya Suhairi Sunari, 26, dan Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 22, dan Wawa masing-masing menjalani hukuman penjara dua bulan dan 40 hari jika gagal membayar denda.

Selain pasangan itu, bapa angkat Aeril, Wahab Raop, 71, turut didenda RM800 kerana bersubahat dalam pernikahan mereka.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.