MESTI TENGOK !! Wanita Ini Bunuh Diri Dalam Kandang Buaya !!


MESTI TENGOK !! Wanita Ini Bunuh Diri Dalam Kandang Buaya !!

Memang cukup mengejutkan apabila seorang wanita warga emas bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kandang buaya, menurut satu laporan semalam.

Menurut akhbar Bangkok Post, Wanpen Inyai, 65, telah terjun ke dalam kandang buaya mengandungi lebih 1,000 ekor reptilia ganas itu di Ladang & Zoo Buaya Samut Prakarn di ibu kota Thailand .

Menurut maklumat , kejadian ngeri itu berlaku Jumaat lalu selepas mangsa meninggalkan kediamannya di sini pada hari yang sama.

Menurut beberapa saksi , mereka melihat Wanpen sengaja terjun ke dalam kandang buaya itu manakala rakaman kamera keselamatan mengesahkan dia menanggalkan kasutnya sebelum membunuh diri.

Pemilik dan pekerja ladang ternakan buaya itu menggunakan beberapa batang kayu panjang untuk menghalau berpuluh-puluh ekor buaya yang sedang mengoyakkan mayat mangsa,” kata seorang kolonel polis, Muang Samut Prakarn.

Dalam pada itu, saudara perempuan Wanpen, Sunan Tharmnat memberitahu akhbar tempatan bahawa mangsa murung dan tidak bercakap dengan sesiapa beberapa hari sebelum dia membunuh diri.



Ladang ternakan tersebut telah memelihara kira-kira hampir 100,000 ekor buaya dan turut terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negara tersebut . – Agensi

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.