Majlis Perkahwinan Penuh Dengan Tema Kesultanan Melayu Melaka Sangat Epik!



Majlis Perkahwinan Dengan Tema Kesultanan Melayu Melaka Sangat Epik!

Video ini sebenarnya sudah berusia 4 tahun di Youtube namun baru baru ini sahaja ianya menjadi popular selepas dimuatnaik oleh akaun sosial Era FM di Facebook dan telah menjadi inspirasi dan bualan ramai.


Keunikan yang ditunjukkan melalui video ini ialah majlis perkahwinan tersebut bertemakan Kesultanan Melayu Melaka yang sememangnya jarang dibuat lebih-lebih lagi pada zaman penuh canggih sekarang.





Seluruh video ini menunjukkan para tetamu yang hadir siap dengan persalinan tradisional zaman dahulu kala selain mempelai yang tiba dengan berpakaian serba kuning, persis Sultan dan Permaisuri Melaka — siap ada pembacaan perutusan bergulung.



Pasti ianya menjadi satu kenangan paling manis buat pasangan pengantin ini. Kami suka!

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.