EKSLUSIF Bersama Adel AF Konsert Kedua Akademi Fantasia

Adel AF di Konsert Kedua Akademi Fantasia 2014 - Adeline Joyce Masidah @ Adel AF di Konsert Kedua Akademi Fantasia 2014. Pic Kredit : msaudreyc WordPRESS

Adel AF atau nama penuhnya Adeline Joyce Masidah adalah antara salah seorang calon pelajar untuk menjadi Juara Akedemi Fantasia 2014 mengikut jejak Stacy dan Faizul AF.

Berumur 21 tahun sememangnya Adel  sangat meminati bidang hiburan Adel AF adalah mantan Finalis Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah. Sememangnya Adel mempunyai kelebihan atau bakat semulajadi untuk menjadi seorang penghibur.

Penilaian juri juara #AF2014 Hafiz dan Stacy menilai persembahan #AdelAF2014.

HAFIZ = 60%
STACY = 65%

Muzik kegemarannya adalah Slow Rock Pop, Jazz serta Balada. Minggu ini Adel diberikan tugas untuk menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Ziana Zain yang berjudul kalau mencari teman. Ramai juga yang memuji Adel selepas persembahannya pada malam tadi.

Penyanyi yang diminatinya ialah Diva Indonesia iaitu Kris Dayanti, Beyonce dan Siti Nurhaliza. Semoga bintang dari negeri Sabah ini akan dapat memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu bagi menarik penonton untuk mengundinya di Akademi Fantasia 2014.

Walapun saya tidaklah begitu menonton Akademi Fantasia tetapi saya tetap sokong Adel AF sebagai orang Sabah dengan menulis artikel ini. Jika berpeluang Firman juga peserta dari Sabah berasal dari Tawau.

#AdelAF2014 pula menyusul dengan lagu dari Ziana Zain iaitu "Kalau Mencari Teman" yang mana pernah popular di era 90-an di iringi penari Istana Budaya. Mari kita saksikan persembahan #AdelAF2014 dan jika anda suka persembahan Adel, hantarkan undian AFUNDI< 3/5/10/20><jarak>ADEL dan hantar ke 32777.


Kalau menang nanti jangan lupa diri.. Jika tersingkir sekalipun jangan putus asa masih ada ruang lain untuk anda. Good Luck to #adel #AF

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.