Bila Hanis Zalikha Cari calon suami


Bila Hanis Zalikha Cari calon suami

Si blogger manis (kini pelakon hot) Hanis Zalikha khabarnya akan memcari bakal suami.

Kepada yang sememangnya menaruh perasaan cinta mendalam terhadap beliau boleh la kot nak mencuba untung diri....bak kata pepatah orang lama, untung sabut timbul, untung batu tenggelam

So, nak tengok sabut atau batu boleh la kot buat pelan strategik mulai sekarang. Mana la tahu kan.....tuah ayam kat taji....HiHiHi....

Kepada korang yang bercita2 nak beristerikan Hanis Zalikha memang beruntungan kerana khabarnya Hanis Zalikha tak mahu bersuamikan pilihan keluarga, tetapi beliau lebih senang memilih pasangan sendiri. Bercinta sebelum nikah. Begitu la kot.....Jadi, apa tunggu lagi....cepat2 la terjah blog Hanis Zalikha untuk korek rahsia beliau. Apa yang beliau suka. Apa yang beliau tak suka. Maklumat2 tersebut nanti senang untuk korang buat strategic marketing. Mana la tahu kan, korang antara makhluk planet bumi yang bertuah nanti. who know...right?? (cakap oram putih nanggung)

Walaupun pun Hanis Zalikha tak mahu calon suami pilihan keluarga, namun siapa yang menjadi pilihan beliau nanti tetap akan dipersembahkan kepada keluarga untuk mendapatkan restu keluarga. So, bab orang tua korang dah tak perlu pusing kepala. Tuan empunya body sudah pun beritahu apa yang ada dihati.
Hanis Zalikha zaman dulu2...sangat sweet 

Tapi......admin nak la juga berpesan pada korang yang punyai perasaan 'dalam diam aku mencintaimu' terhadap Hanis Zalikha tu agar bersiap siaga dari segi mental dan fizikal.....Yela kan, mak aku pun selalu juga berpesan pada aku dolu2...."Abg....ukur baju tu kat badan, bukan kat patung tu" ....Sebab? dulu aku suka sangat kalau beli baju mesti pilih yang duduk kat patung. Asal yang duk kat patung aku berkenan. Asal yang aku berkenan mesti duk kat patung.....HeHeHe....Korang pun paham kan....Mana ada kat pasaraya tokey dia taruk baju tak lawa kat patung kan??? kan?? kan??? HaHaHa...

Hmmmmmm......Hanis Zalikha yang cun+comei+hot tu tak kan takde pakwe kan?? hmmmm.....musykil gak aku ni. Amacam?? Korang berani tak nak jadi antara makhluk planet bumi yang lucky nanti??


Aku?? Aku dah ukur baju siap2 dah. Kali ni aku tak pilih baju kat patung lagi. Aku pilih baju yang lipat2 dan tersusun rapi atas rak serta jarang orang tengok sampai mata terbeliak. HiHiHi.....Y(^__^)Y

Jazakallah.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.