40 Foto Gambar Tempat Terkenal Di Dunia Dibiarkan Kosong Tanpa Penghuni

40 Foto Gambar Tempat Di Dunia Dibiarkan Kosong Tanpa Penghuni

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Tempat-tempat di bawah dulunya penuh dengan penghuni, tapi ditinggalkan begitu sahaja sekarang. Jadi sekarang tempat ni kosong, takde orang tinggal. Nampak cantik, tapi sunyi tanpa manusia. Mari kita tengok, ada 38 tempat semuanya.

1. Pripyat, Ukraine.

http://beritaup2date.blogspot.com/Pripyat, Ukraine
Ditinggalkan selepas berlakunya peristiwa letupan nuklear di Chernobyl tahun 1986, Rusia.

Kelemahan reka bentuk reaktor yang dikendalikan oleh kakitangan yang kekurangan daripada segi latihan merupakan punca berlakunya tragedi ini.


Kemalangan ini berlaku ketika ujian keselamatan sedang dijalankan ke atas reaktor. Letupan daripada reaktor tersebut telah menyebabkan pelepasan radioaktif ke ruang angkasa yang bertebaran ke seluruh Eropah.

Walaupun tragedi itu mengorbankan kurang daripada 100 orang pada awal insiden tersebut berlaku, Jawatankuasa Saintifik bagi Kesan Radiasi Atom oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSCEAR) menganggarkan lebih kurang 4,000 kematian disebabkan oleh kemalangan tersebut dengan hanya mengambil kira berdasarkan kawasan sekitar yang terjejas.

2. Mirny Diamond Mine - Eastern Siberia, Russia.

http://beritaup2date.blogspot.com/Mirny Diamond Mine
Lubang kedua terbesar di dunia yg dibuat oleh manusia, di Mirny, atas arahan Stalin, utk gali berlian. Ditinggalkan selepas lubang menjadi terlalu besar utk digali.

3. Farmhouse - Seneca Lake, New York.

http://beritaup2date.blogspot.com/Farmhouse - Seneca Lake, New York
Tak tau siapa owner, tapi ditinggalkan dan sekarang jadi tempat pelupusan kereta2 lama.

4. Ryugyong Hotel - Pyongyang, North Korea.

http://beritaup2date.blogspot.com/Ryugyong Hotel
Hotel ni didirikan sebelum berlakunya bencana famine di Korea Utara.

Ditinggalkan selama 16 tahun sebelum sambung semula pembinaan pada tahun 2008.


Dari luar nampak mcm dah complete, tapi sebenarnya kat dalam masih banyak yg kosong.

5. Willard Asylum - Willard, New York.

http://beritaup2date.blogspot.com/Willard Asylum
Ini adalah rumah utk orang2 yg gila tahap kronik, dibuat pada tahun 1869, tutup pada tahun 1995.


Dalam masa tu, ia menampung sebanyak 50,000 pesakit dan pernah tampung 4000 pesakit pada satu2 masa.


Separuh daripada pesakit meninggal dunia di sini.

6. Sanzhi UFO Houses - San Zhi, Taiwan.

http://beritaup2date.blogspot.com/Sanzhi UFO Houses
Rumah2 ni dibuat pada tahun 1978, dengan niat nak dijual kpd pegawai2 tentera US. Tapi tahun 1980, pembinaan terpaksa dihentikan sebab kehilangan minat pelabur.

7. Six Flags Jazzland - New Orleans, Louisiana.

http://beritaup2date.blogspot.com/Six Flags Jazzland - New Orleans, Louisiana.
Kawasan permainan di New Orleans yg dimusnahkan oleh ribut taufan Katrina.

8. Gulliver’s Travels Park - Kawaguchi, Japan.

http://beritaup2date.blogspot.com/Gulliver’s Travels Park - Kawaguchi, Japan.
Taman tema ni dibina dekat Gunung Fuji pada tahun 1997, dengan mendapat dana dari kerajaan Jepun, tapi ia cuma mampu bertahan selama 10 tahun saja sebelum ditinggalkan sebegini rupa.

9. Bannerman Castle - Pollepel Island, New York.

http://beritaup2date.blogspot.com/Bannerman Castle
Pemilik castle ni bernama Francis Bannerman VI. Dia bina castle ni sebagai ruang penyimpanan barang selepas membeli barangan ketenteraan dari Amerika, yg digunakan dalam perang dengan Sepanyol. Tapi selepas 200lbs ammunition meletup dalam tahun 1920, castle ni dibiarkan dan ditinggalkan begitu saja.

10. Disney’s Discovery Island - Lake Buena Vista, Florida.

Ini adalah pusat tarikan wildlife di Disney World, sebelum ditinggalkan sebab ada khabar angin mengatakan air di persekitaran pulau ni ada bakteria yg boleh membunuh manusia.


11. Aniva Rock Lighthouse - Sakhalinskaya Oblast, Russia. Ni bekas penjara, lebih kurang la macam Alcatraz yg dah kena tutup tu. Dulu Aniva ni direbut oleh Rusia dan Jepun, tapi skg berada di bawah Rusia.


12. Canfranc Rail Station, Spain. Laluan keretapi ni dulu menghubungkan 2 negara antara Spain dan France. Tapi selepas berlaku kerosakan di jambatan yg menghubungkan kedua buah negara pada tahun 1970, sampai skg ia tersadai begitu saja.


13. Chateau Miranda - Celles, Belgium. Dulu2, castle ni dibina oleh bangsawan Perancis yg melarikan diri dari perang revolusi. Kemudian tempat ni dijadikan sebagai rumah anak2 yatim. Tahun 1980, ia dibiarkan tersadai dan pemiliknya skg enggan membiarkan campurtangan kerajaan utk merubah apa2 struktur castle ini. 


14. Abandoned Coal Plant - France. Kilang memproses arang batu di France yg dibiarkan tersadai.


15. Eilean Donan - Loch Duich, Scotland. Terletak di Highlands of Scotland, Eilean Donan ni dibiarkan tersadai sehingga 1911, sebelum ia diubahsuai oleh seorang pesara tentera. 


16. Hashima Island, Japan. Pulau ni dulu adalah tempat memproses arang batu dengan lebih 5000 orang tinggal di pulau tu. Tapi bila petrol ambilalih kedudukan arang batu sebagai bahan bakar utama, pulau ini dibiarkan begitu sahaja. 



17. Abandoned Mill - Western Quebec, Canada. Tempat ni dulu dibina oleh pendatang berbangsa Perancis dan dibiarkan tersadai sehingga sekarang.


18. City Hall Station - New York City, New York. Dibina pada tahun 1904 dan ditutup pada tahun 1945 sebab hanya ada 600 orang sahaja yg menggunakannya, jadi dianggap tidak berbaloi.


19. Orpheum Auditorium - New Bedford, Massachusetts. Auditorium ni dibuka pada hari yg sama Titanic tenggelam, iaitu pada 15hb April, 1912. Ada beberapa buah supermarket yg dibuka dalam bangunan ni, tapi sebahagiannya dibiarkan begitu saja.


20. Holy Land USA - Waterbury, Connecticut. Ni adalah taman tema yg dibukan berasaskan Bible. Dalam tahun2 60-70an, lebih kurang 40,000 datang ke sini setiap tahun. Ia akhirnya ditutup pada tahun 1984.



21. Abandoned Power Plant - Belgium. Power plant yg ditinggalkan di Belgium.


22. Wreck of the SS America - Fuerteventura, Canary Islands. Kapal ni rosak dan tersadai pada tahun 1994 selepas 54 tahun berkhidmat utk Amerika.


23. Underwater City - Shicheng, China. Ini adalah bandar dalam air yg terletak di Shicheng, China dan dah tenggelam selama 53 tahunm sejak Xin'an River Hydro Plant membanjiri kawasan ini. Bandar ini dibina pada 1,300 tahun yg lalu.


24. Abandoned Domino Sugar Factory -- Brooklyn, New York. Kilang gula yg dibiarkan tersadai.


25. Red Sands Sea Forts - Sealand, United Kingdom. Ia dibina utk melindungi Sungai Thames pada perang dunia ke 2, sekarang tidak digunakan lagi.


26. Overgrown section of the Great Wall - China. Antara bahagian dari The Great Wall of China yg dibiarkan rosak dan tidak dibaiki kerana menelan kos yg besar utk menyelenggara Tembok Besar China yg sepanjang 13,170 batu tu.


27. Michigan Central Station - Detroit, Michigan. Dibuat dari tahun 1912 hingga 1913, Central Station ni berfungsi sebagai keretapi penumpang dari Detroit dan stesyen keretapi paling tinggi di dunia. Tutup pada tahun 1988.


28. Dadipark - Dadizel, Belgium. Taman permainan yg simple. Dibuka tahun 1950, ditutup tahun 2002.


29. Military Hospital - Beelitz, Germany. Hospital tentera yg dah ditutup, di Jerman.


30. Empty Organ Room. Yg ni bilik simpan organ yg dah ditinggalkan, tapi tak tahu kat mana.


31. Abandoned church with chairs still standing. Ni adalah gereja yg terbiar, tak tahu kat mana. Baby coffin pun dibiarkan juga di sini.


32. Wonderland Amusement Park - Beijing, China. Dulu2 diorang bercadang nak buat amusement park yg terbesar di Asia, tapi menghadapi masalah kewangan, akhirnya dibiarkan begitu sahaja. Tanah di sekitarnya digunakan oleh petani utk bercucuk-tanam.


33. Częstochowa Train Depot - Poland. Stesen keretapi Poland yg dibiarkan tersadai.


34. An Abandoned Rocket Factory - Russia. Kilang membuat roket di Rusia yg sudah ditinggalkan.


35. El Hotel del Salto - Colombia. Hotel del Salto ni dibina pada 1928 utk pelancong2 kaya menikmati pemandangan air terjun Tequendama, yg ada berhampiran hotel. Tapi bila berlaku pencemaran di air terjun berkenaan, minat pelancong berkurangan dan akhirnya hotel ni pun ditutup. 


36. Christ of the Abyss - San Fruttuoso, Italy - Seseorang bernama Guido Galletti telah membina patung Christ (Jesus) ini pada 1954 dan meletakkannya di dalam air pada kedalaman 55 kaki.


37. Railroad in the Fall - Lebanon, Missouri, Landasan keretapi yg ditinggalkan di Amerika.

.

38. Eastern State Penitentiary - Philadelphia, Pennsylvania



Tempat ni beroperasi dari 1829 hingga 1971. Ia adalah salah sebuah tempat tahanan termoden masa itu. Skg ia adalah national landmark. ia pernah menempatkan tahanan seperti Willie Sutton dan Al Capone.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.