Remaja ini Maut Akibat Sahut Cabaran Ice Bucket Challenge


Remaja ini Maut Akibat Sahut Cabaran Ice Bucket Challenge

Tidak menyangka video yang pernah Kickbola Network siarkan beberapa hari yang lepas benar-benar menjadi tragedi hitam kepada Nancy apabila remaja berusia 17 tahun daripada Mississippi itu maut ketika menyahut cabaran "Ice Bucket Challenge" yang sedang popular ketika ini.

Menerusi video yang tersebar luas di media sosial itu, menunjukkan Nancy sedang bersiap sedia untuk menyahut cabaran Ice Bucket Challenge dibelakang rumah bersama adiknya. Walaubagaimanapun, belum sempat ais dicurahkan keatasnya, baldi penuh berisi air yang dipegang oleh sepupunya Shawn Oley yang berdiri diatas pelantar itu terjatuh dan kemudian menghempap kepalanya.

Ekoran kejadian itu, Nancy telah dikejarkan ke Pusat Kesihatan Universiti Mississippi dalam keadaan kritikal. Malangnya Nancy tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher.

Keluarga Nancy berharap agar kejadian yang menimpa anak mereka memberi kesedaran kepada yang menyahut cabaran itu agar lebih berhati-hati.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.