Bluwek! Kilang Bihun Nampak Depan Tutup Belakang Masih Beroperasi



Kilang Bihun: Depan Tutup Belakang Masih Beroperasi

Bluwek! Selama ni anda makan Bihun dah berapa guni agaknya ya masuk ikut mulut? Mungkin jenama Masjid dan beberapa jenama lagi keluaran syarikat ini anda tak pernah beli, tapi apa pula jenama Bihun yang anda makan bila ke mana-mana restoran di luar sana? Fuh, benar-benar menyakitkan hati.


Minggu lalu timbul isu tentang sebuah Kilang Bihun yang kotor dan akhirnya diminta menghentikan operasi oleh pihak berkuasa. Sebuah akhbar tempatan hari ini mendedahkan yang kilang ini masih beroperasi mengikut pintu belakang biarpun telah menerima arahan tutup dari pihak berkuasa. Pendedahan dibuat selepas pihak akhbar tersebut menyamar sebagai peniaga sebuah restoran bedar dan bertanyakan mana dia boleh dapatkan stok bihun untuk perniagaannya.







Apa yang pasti dari gambar yang diambil jelas mereka memang tidak mengutamakan langsung  soal kebersihan dan lebih teruk lagi memilih MASJID sebagai jenama bihun mereka yang jelas ingin mengelirukan pembeli beragama Islam.

Hati-hatilah kerana segala jenis macam penyakit datang dari apa yang anda makan. Nak makan, carilah buatan Bumiputera dengan cop halal yang sah dari JAKIM.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.