Selfie Tiz Zaqyah di Padang Pasir Dubai

Pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Nur Kasih tahun 2009, Tiz Zaqyah

memang gemar mengambil gambar-gambar peribadi yang nakal ke mana sahaja beliau pergi atau melawat. 


Menariknya, apa sahaja gambar terbaru yang diambil akan dikongsikan kepada peminat di laman Instagram miliknya untuk menjadi tatapan mereka. Adakalanya, gambar-gambar yang dimuatnaik menerima kritikan peminat namun bekas kekasih Remy Ishak itu tidak memperdulikan.

Sekitar petang tadi, Tiz telah memuatnaik sekeping gambarnya berselfie ketika berada di tengah-tengah padang pasir Dubai. Memang gaya manja dan sosial beliau terserlah sehingga menerima banyak likes dan komen dari pengikut-pengikutnya di Instagram.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.