Foto Gambar Penyanyi Shakira dan Gerard Pique raikan hari bahagia mereka !

Penyanyi Shakira dan Gerard Pique raikan hari bahagia mereka - Umpama David Beckham dan Victoria, hubungan Shakira-Pique sentiasa menjadi bahan media dan lensa jurugambar.

Tambah menyerikan lagi hidup mereka apabila hasil cinta pasangan kekasih itu dikurniakan anak lelaki, Milan yang kini berusia 2 tahun. 

Menurut Shakira, kehadiran Pique dan Milan melengkapkan hidupnya. 

Bercerita mengenai hubungan cintanya, Pique dikenali ketika Piala Dunia 2006 di Jerman. 


 Mereka bermula sebagai kenalan biasa, teman dan akhirnya kekasih. 


Kami banyak berhubung melalui telefon dan jarang sekali bertemu kerana rimas setiap kali pertemuan, mudah dihidu media, katanya. 

Pique adalah lelaki yang berjaya membuka pintu hati untuk bercinta semula dan merubah hidupnya. 

Saya melihat Gerard bukan sebagai bintang bola sepak, tetapi lelaki yang amat penyayang. 

Begitu juga pandangan dia terhadap saya. Saya adalah saya dan bukan penyanyi popular dengan tarian seksi,”katanya. 

Bercerita mengenai Milan yang lahir Januari 2012, anaknya itu lebih berminat dengan peralatan muzik dan gemar bermain drum. 




Anaknya itu boleh menari tarian `merengue’, `salsa’ dan `bachata’ iaitu tradisional campuran latin Amerika. Malah Milan boleh `Waka Waka’. 

Malah Gerard tidak menunjukkan rasa kecewa kerana Milan memilih drum dan tarian, kurang bermain bola. 

Saya sentiasa membawa dia ke stadium memberi semangat kepada ayahnya di tengah padang. 

Malah tidak sabar membawa Milan ke Brazil menyaksikan Piala Dunia Jun ini. 

Saya harapkan satu pertandi­ngan yang menarik, menghiburkan dan bebas pergaduhan penyokong. Lebih penting lagi Colombia turut beraksi dan tentunya Sepanyol selaku juara bertahan. 

Mujur dua negara itu diundi berlainan kumpulan, jika tidak saya tentu tidak akan menyokong Sepanyol, guraunya. Credit HM 
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.