Yus Jambu bakal akhiri zaman bujang

gambar shooting bersama Nora Danish

Eh, pelawak Yus Jambu, 38 tahun, dikhabarkan akan berkahwin. Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh beliau dimana gadis pilihannya itu merupakan seorang model sambilan dan juga setiausaha ahli korporat.


Mereka mula bertemu apabila Yus berkenalan melalui laman sosial Facebook selama setahun setengah sehingga sekarang.

Perkahwinannya akan berlangsung pada hujung tahun ini jika tiada aral melintang.


“Persiapan tu dah buat dah sedikit demi sedikit, memandangkan kami sibuk dengan kerja jadi saya rasa hujung tahun adalah yang paling sesuai.

“Memandangkan saya pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak mahu bertunang sebaliknya terus berkahwin.

“Mengenai majlis kahwin pula, saya nak buat biasa-biasa saja ikut apa yang kita mampu… Walaupun masih belum ada tarikh lagi, saya sudah merancang untuk buat majlis kahwin bertemakan ala kampung bagi pihak saya di Perlis nanti.

“Saya nak buat tema ala-ala kampung sebab saya suka…Tak payah pakai buffet, makan berhidang lebih seronok.

“Panggil orang-orang kampung datang masak dan kawan-kawan sama-sama bergotong-royong, saya rasa ianya lebih meriah dan boleh mengeratkan silaturrahim.

“Manakala bagi resepsi pihak perempuan, masih lagi dalam perancangan dan saya serahkan pada dia untuk buat keputusan,” Yus Jambu, petikan portal Murai
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.