YB Karpal Singh Meninggal Dunia



Karpal Singh Terlibat Dalam Kemalangan Maut di Lebuhraya Utara Selatan

Takziah. Negara dikejutkan dengan perkhabaran mengenai peguam terkenal iaitu YB Karpal Singh terlibat dalam sebuah kemalangan maut dan terkorban didalam kejadian tersebut. .

Digelar sebagai ‘Tiger of Jelutong’, berita kematian Karpal Singh dimaklumkan oleh ramai rakan-rakan politik beliau melalui laman sosial seperti Facebook Fanpage dan juga Twitter.


Beliau terlibat dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan – Gopeng bersama-sama dengan pembantunya yang juga meninggal dunia dalam kemalangan terbabit.


FB Statement Karpal Singh Terlibat Dalam Kemalangan Maut di Lebuhraya Utara Selatan

Pemandu mendiang Karpal Singh, C Selvam (tengah) menangis dan ditenangkan beberapa orang lain di luar rumah mayat di Hospital Permaisuri Raja Bainun, Ipoh,
Sebarang berita dan laporan penuh akan menyusul selepas ini. Kami akan berusaha untuk mendapatkan maklumat penuh dan sampaikannya kepada anda semua.


UPDATE:

Laporan Utusan Malaysia Online:

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.



Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.