Shila Amzah Nafi PULAK Pakai Skirt Di China


Sebelum ini tersebarnya beberapa keping gambar print screen dari video Shila Amzah memakai baju blouse dan seluar coklat telah tersebar secara meluas di laman sosial sehingga mengundang kritikan pedas dari peminat.


Shila Amzah menerusi pengurusnya, Ong Peng Chu menjelaskan gambar yang tersebar itu tidak benar dan dilakukan oleh individu yang berniat untuk menjatuhkan reputasinya.

“Sebenarnya dia pakai seluar berwarna coklat. Ada orang sengaja nak buat cerita tak betul. Saya tak boleh komen sebab saya pun tak baca (lagi) apa dia orang sebar di FB (Facebook) dan Twitter."

Ketika gambar diambil dia terbabit dalam sebuah program TV dan memang jelas dia memakai seluar. Boleh lihat di YouTube. Rasanya gambar yang disebarkan itu sudah diubahsuai (daripada gambar asal).”

Diubahsuai? Pembaca boleh tonton video di bawah dan terus skip ke minit 33.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.