Sharnaaz Ahmad tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang Masalah bersama

Sharnaaz Ahmad mahu selesai masalah dengan Lisdawati - Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, 29, memberitahu kepada media bahawa dia mahu menyelesaikan masalah pergaduhan dengan Lisdawati hanya selepas aktres itu bersalin nanti.


"Pertelingkahan saya dengan dia (Lisdawati) itu biarlah berlalu... Tapi saya rasa ia memang patut diselesaikan sebab saya tak mahu nanti kalau saya mati, mata tak tutup rapat."

Menurut Sharnaaz, dia nekad mahu bersemuka untuk menyelesaikan perbalahannya dengan Lisdawati dan juga Fauzi Nawawi, namun tidak mahu tergesa-gesa memandangkan aktres berusia 36 tahun itu sedang sarat mengandung. 
"Saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang. Sebenarnya saya malas lah nak cakap tentang perkara ini. Saya tak suka bercakap pasal orang yang tiada kena mengena dalam hidup saya."

Penjelasan itu dibuat oleh Sharnaaz ketika ditemui dalam majlis tayangan perdana bagi episod akhir drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadakan di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.