Penipu Twitter tidak malu guna akaun palsu mengaku Maira Elizxbeth Nari

Anak Ketua Pramugara MH370 - Maira Elizxbeth Nari

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Dalam kalangan keluarga penumpang pesawat MH370, Maira Elizabeth Nari boleh dikatakan waris yang paling aktif di Twitter.

Maira yang merupakan anak perempuan kepada ketua pramugara, Andrew Nari rajin berkongsi perasaan dan berita tentang insiden MH370 melibatkan bapanya.

Bagaimanapun bagi yang biasa yang mengikuti perkembangan Maira menerusi twithandle @Gorgxous, anda akan dapati akaun tersebut tidak lagi aktif.

Sebaliknya Maira kini menggunakan twithandle baru iaitu @MairaElizxbeth_. Keputusan ini dipercayai kerana Maira terasa hati apabila dia menerima kata-kata berunsur kebencian sebelum ini di Twitter lama.


Kini akaun baru Maira mempunyai 3,546 pengikut dan dipercayai akan terus meningkat.

Pada masa sama, Maira dilihat menegur seseorang yang menggunakan twithandle @Gorgxous1 kerana berlagak seolah-olah dia adalah Maira termasuk menggunakan gambarnya dan membalas pertanyaan pengikut seolah-olah dia adalah Maira sebenar.


Boleh buat-buat macam tak bersalah dan sanggup berlakon jadi orang lain semata-mata mahukan perhatian.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.