Foto Gambar wajah sebenar Laksamana Hang Tuah

Gambar wajah sebenar Laksamana Hang Tuah - Gambar yang tertera di atas dikatakan wajah Laksamana Hang Tuah yang menjadi sebuah kisah lagenda Melayu sehingga kini. Sebelum ini, tiada seorang pun yang tahu bagaimana rupa sebenar Hang Tuah walaupun sering mendengar tentang kehebatan beliau melalui petikan sejarah.



Menurut laman blog amekaw, gambar tersebut ialah hak peribadi Ahli Bersekutu Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad), Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang telah bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi wajah sebenar Hang Tuah kepada orang ramai. Pendedahan ini dibuat selepas permohonan Pesawad pada Jun lalu telah diluluskan oleh persatuan berkenaan.

Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu dihasilkan pada tahun 1989 selepas beliau beberapa kali berjumpa dengan Hang Tuah di alam ghaib bermula pada tahun 1988.

“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya.”

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.