Sebuah bas ekspres 2 tingkat milik Transnasional didapati terbalik di laluan berhampiran Bukit Lebu Bentong Pahang sekitar jam 3 pagi tadi. Bas ekspres yang sarat dengan penumpang itu, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu Kelantan. Difahamkan terdapat mangsa yang tersepit di bawah bas.
Setakat ini, 3 disahkan maut manakala 4 lagi cedera parah.
Kredit foto : Daily Traffic Report & OnDScene
Di sebuah kejadian berasingan, sebuah bas ekspres turut terbabit dalam
kemalangan dengan sebuah kereta Proton Wira di Jalan Merlimau menuju ke
Lebuh AMJ.
Mangsa yang memandu Proton Wira mengalami kecederaan parah dan disahkan
meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Bagaimana pun
pemandu serta penumpang bas seramai 44 orang terselamat.
Kredit foto Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Ibu Pejabat