Fara Fauzana kini tampil berselendang


Dengarnya kini Fara Fauzana mahu belajar memakai tudung. Dia kini memakai selendang kemana sahaja dia pergi semenjak 20hb April lalu. baguslah kan melihat sedikit sebanyak selebriti kita mula memakai tudung.


“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberi komen kerana tidak mahu ada pihak memberikan persepsi yang lain kepada saya. Secara peribadi, memang saya dalam proses untuk ke arah itu. Saya mengharapkan agar peminat-peminat mendoakan yang terbaik untuk saya.

Saya juga tidak mahu orang di luar sana terkeliru dengan imej saya ini. Oleh kerana itu, saya mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri sebelum ini. Namun, saya pada hari ini sudah bersedia untuk membuka mulut. Ini merupakan majlis Hot FM yang pertama saya hadiri dengan imej begini,' Fara Fauzana. petikan GUA

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.